Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
11E. Section 11E
Feedback & supportSeksyen 11C dan 11D hendaklah terpakai bagi apa-apa prosiding yang dimulakan dengan cara kajian semula kehakiman akan apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh
Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini, sama ada prosiding yang sedemikian telah dimulakan sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) (Pindaan) 1989 [Akta A738].
Sebutan mengenai prosiding dalam subseksyen (1) tidaklah termasuk sebutan mengenai prosiding yang telah tamat dan yang berkenaan dengannya keputusan muktamad mahkamah telah diberi sebelum mula berkuat kuasanya Akta dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 1989, atau sebutan mengenai apa-apa rayuan atau apa-apa permohonan untuk rayuan terhadap keputusan muktamad sedemikian.