Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2016Read it in English

Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan

7. Penggantungan perintah tahanan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya kuat kuasa mana-mana perintah tahanan digantung tertakluk pada semua atau mana-mana daripada sekatan dan syarat yang dia diberi kuasa oleh subseksyen 6(3) mengenakan melalui suatu perintah tahanan, dan tertakluk, jika Menteri mengarahkan sedemikian, kepada kehendak bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat hendaklah mengikat suatu bon sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 6(4).

(2)

Jika sesuatu perintah tahanan digantung sebagaimana yang tersebut dahulu, subseksyen 6(6) hendaklah berkuat kuasa seolah-olah sekatan dan syarat yang atasnya perintah tahanan itu digantung adalah sekatan dan syarat yang dikenakan oleh suatu perintah sekatan.

(3)

Menteri boleh membatalkan penggantungan mana-mana perintah tahanan jika dia berpuas hati bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat telah tidak mematuhi apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan ke atasnya atau bahawa penggantungan itu perlu dibatalkan demi kepentingan ketenteraman awam, dan dalam mana-mana hal sedemikian pembatalan penggantungan itu hendaklah memberikan kuasa yang mencukupi kepada mana-mana pegawai polis menangkap semula tanpa waran orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat, dan orang itu hendaklah dikembalikan dengan seberapa segera yang praktik ke tempat tahanannya yang dahulu atau, jika diarahkan oleh Menteri, dihantar ke suatu tempat tahanan yang lain.

(4)

Penggantungan mana-mana perintah tahanan sebagaimana yang tersebut dahulu, hendaklah, tertakluk pada subseksyen 6(6)

sebagaimana yang terpakai melalui subseksyen (2) dan tertakluk juga pada subseksyen (3), terus berkuat kuasa bagi bahagian yang belum habis tempoh perintah tahanan yang dinyatakan di bawah subseksyen 6(1) atau subseksyen 11A(1).

Report