Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
13. Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam
Feedback & supportSetiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat dan setiap Pegawai
Siasatan hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574] dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya kerana apa-apa tindakan yang diambil atau ditinggalkan dari diambil dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Bahagian ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undang-undang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.