Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
16. Kuasa memerintahkan pengemukaan orang tahanan
Feedback & supportApabila dibuktikan hingga memuaskan hatinya bahawa kehadiran di mana-mana tempat mana-mana orang yang ditahan di bawah subseksyen 6(1), atau di bawah subseksyen 11A(1), atau yang dalam jagaan sah polis atau yang dikurung dalam mana-mana penjara sama ada di bawah subseksyen 6(1) atau di bawah subseksyen 11A(1), atau di bawah suatu perintah mana-mana mahkamah atau selainnya walau dengan apa cara pun, dan walau apa pun perintah mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa lain, dikehendaki demi kepentingan keadilan, atau bagi maksud apa-apa siasatan awam atau siasatan lain, atau demi kepentingan negara, atau kepentingan orang yang ditahan, yang dalam jagaan, atau yang dikurung, Menteri boleh memerintahkan supaya orang itu dibawa ke tempat itu.
Mana-mana orang yang sedang dibawa ke mana-mana tempat di bawah subseksyen (1) dan semasa berada di tempat itu hendaklah diletakkan dalam jagaan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dan semasa berada dalam jagaan hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah.