Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 · Updated to 15 Jul 2016 · Bahagian II · Kuasa Tahanan Pencegahan
11C. Kajian semula kehakiman akan tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri
Feedback & supportMaka tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman dalam mana-mana mahkamah akan, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa menurut budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa soalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara di bawah
Akta ini yang mengawal selia tindakan atau keputusan itu.
Kekecualian mengenai apa-apa soalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan adalah seperti yang diperihalkan dalam seksyen 6A.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 316