Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
134. Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen
Feedback & supportSuruhanjaya boleh mengambil milikan dan memegang simpan dengan seberapa lama yang perlu suatu dokumen yang diberikan oleh mana-mana orang di bawah Bab ini.
Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai salinan benar dokumen itu.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui bagi dokumen itu hendaklah diterima oleh semua mahkamah dan tribunal sebagai keterangan seolah-olah salinan itu adalah dokumen asal.
Sehingga suatu salinan diperakui bagi dokumen itu dibekalkan,
Suruhanjaya hendaklah, pada bila-bila masa dan di tempat yang disifatkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen (1) dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Undang-Undang Malaysia 108