Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
136. Rekod yang tidak betul
Feedback & supportSeseorang tidak boleh, dengan bermaksud untuk mematuhi sesuatu kehendak yang dikenakan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180 berhubung dengan penyimpanan rekod, membuat suatu rekod mengenai apa-apa perkara atau benda dalam sesuatu cara sehingga menyebabkan rekod itu tidak merekodkan perkara atau benda itu dengan betul.