Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian III · Kewajipan dan Obligasi Pemegang Lesen
32. Akses kepada sistem bekalan air awam dan sistem pembetungan awam
Feedback & supportJika pemegang lesen perkhidmatan yang membekalkan air atau yang menyediakan perkhidmatan pembetungan hendak menggunakan sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam, pemegang lesen kemudahan yang memiliki sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam itu atau sebahagian daripada sistem itu hendaklah, jika dikehendaki oleh Suruhanjaya,
Industri Perkhidmatan Air 39
memajakkan sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam itu atau sebahagian daripada sistem itu kepada pemegang lesen perkhidmatan sebagaimana yang dikehendaki oleh pemegang lesen perkhidmatan itu.
Pemegang lesen perkhidmatan dan pemegang lesen kemudahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah membuat suatu perjanjian pajakan bagi pemajakan sistem bekalan air awam dan sistem pembetungan awam atau sebahagian daripada sistem yang dikehendaki oleh pemegang lesen perkhidmatan itu.
Perjanjian pajakan itu hendaklah mematuhi mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat berkenaan dengan perjanjian pajakan.
Perjanjian pajakan itu hendaklah didaftarkan dengan
Suruhanjaya dan tidak boleh dikuatkuasakan sehinggalah perjanjian itu didaftarkan sedemikian.