Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian III · Kewajipan dan Obligasi Pemegang Lesen
38. Menyambungkan sesalur utama awam dengan premis yang hendak dibekalkan air
Feedback & supportApabila permohonan untuk bekalan air telah diluluskan oleh pemegang lesen pengagihan air, pemegang lesen pengagihan air itu hendaklah memasang paip penghubung yang perlu untuk menyambungkan sesalur utama awam dengan premis yang hendak dibekalkan air, dan pemegang lesen pengagihan air itu boleh juga membekalkan dan menyesuaikan semua lengkapan air tetapi kos penyambungan itu dan semua lengkapan air untuk bekalan itu hendaklah ditanggung oleh pemilik atau penghuni premis.
Tiada penyambungan boleh dibuat kepada sesalur utama awam sehingga anggaran kos untuk membuat sambungan itu telah didepositkan dengan pemegang lesen pengagihan air itu dan sehingga semua lengkapan air yang diperlukan untuk pembekalan air telah didirikan dan disiapkan terlebih dahulu mengikut apa-apa kehendak mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini berkenaan dengan perkara yang sama.
Undang-Undang Malaysia 42