Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian III · Kewajipan dan Obligasi Pemegang Lesen
37. Pembekalan air
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), pemegang lesen pengagihan air hendaklah, atas permohonan bertulis oleh pemilik atau penghuni mana-mana premis, membekalkan air ke premis itu.
Industri Perkhidmatan Air 41
Tiada pemegang lesen pengagihan air boleh dikehendaki untuk membekalkan air ke mana-mana premis jika—
mana-mana bangunan di premis itu telah didirikan berlanggaran dengan mana-mana undang-undang bertulis atau berada dalam keadaan hampir musnah atau berbahaya;
bekalan air telah pun diberikan ke premis itu oleh pemegang lesen pengagihan air yang lain;
pemegang lesen pengagihan air itu dihalang berbuat demikian oleh hal keadaan yang di luar kawalan pemegang lesen pengagihan air itu;
pembekalan air itu akan menyebabkan pemegang lesen pengagihan air itu melanggar Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
pembekalan air pernah dipotong sebelum ini disebabkan oleh pelanggaran Akta ini atau perundangan subsidiarinya dan pelanggaran itu masih belum diremedikan;
pembekalan air terdahulu telah dipotong mengikut Akta ini atau perundangan subsidiarinya; atau
keengganan untuk membekalkan air itu diluluskan oleh
Suruhanjaya.