Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian III · Kewajipan dan Obligasi Pemegang Lesen
39. Pembekalan air melalui paip awam
Feedback & support(1)
Pemegang lesen pengagihan air hendaklah, atas permintaan
Suruhanjaya selepas berunding dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, membekalkan air ke suatu kawasan yang dinyatakan untuk kegunaan orang awam melalui paip awam yang dipasang di dalam kawasan yang dinyatakan itu.
(2)
Pembekalan sedemikian hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dipersetujui bersama oleh pemegang lesen pengagihan air dan Suruhanjaya, dengan merundingi pihak berkuasa tempatan itu, dengan syarat bahawa caj bagi pembekalan air itu hendaklah diluluskan oleh Suruhanjaya.