Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian III · Kewajipan dan Obligasi Pemegang Lesen
42. Pembekalan air bagi pemadaman kebakaran
Feedback & supportPemegang lesen pengagihan air hendaklah membenarkan
Jabatan Perkhidmatan Bomba atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mengambil air untuk memadamkan kebakaran daripada mana-mana sesalur air utama atau paip lainnya yang dipasangkan dengan pili bomba.
Kos penggunaan air daripada pili bomba hendaklah ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan air.
Mana-mana pemegang lesen pengagihan air yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Dalam seksyen ini, “Jabatan Perkhidmatan Bomba” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Perkhidmatan
Bomba 1988 [Akta 341].