Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English

Bahagian III · Kewajipan dan Obligasi Pemegang Lesen

36. Membangunkan dan menyenggarakan sistem bekalan air

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan bekalan air mempunyai kewajipan untuk menyenggarakan suatu sistem bekalan air yang cekap dan ekonomik.

(2)

Pemegang lesen pengagihan air hendaklah memastikan bahawa semua perkiraan telah dibuat—

(a)

untuk menyediakan bekalan air ke premis di dalam kawasan pengagihan bekalan airnya dan untuk membuatkan bekalan air sedemikian sentiasa tersedia ada untuk orang yang menghendakinya; dan

(b)

untuk menyenggarakan, memperbaik dan memperluas sistem bekalan air yang berhubungan dengan pengagihan air, supaya pemegang lesen pengagihan air itu mampu dan terus mampu untuk memenuhi obligasinya di bawah Akta ini.

(3)

Kewajipan pemegang lesen pengagihan air untuk menyenggarakan suatu sistem bekalan air awam hendaklah sehingga takat penghujung paip penghubung.

(4)

Kos untuk membaiki, menggantikan dan menyenggarakan paip penghubung hendaklah ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan air.

Report

Bab 3

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan

Bahagian V

Perlindungan Pengguna, Penyelesaian Pertikaian dan Siasatan

Bahagian VI

Kadar, Caj dan Deposit

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemindahmilikan Perniagaan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Am dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules