Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IX · Institusi
55a. Section 55a
Feedback & supportJika seseorang kanak-kanak dihantar ke suatu tempat perlindungan, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat perintah itu hendaklah, pada masa yang sama, membuat suatu perintah bahawa selepas habis tempoh peletakannya dia hendaklah, selama tempoh satu tahun, diletakkan di bawah pengawasan—
(a)
seorang Pelindung; atau
(b)
mana-mana orang lain yang dilantik oleh Pasukan Kebajikan
Kanak-Kanak.