Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IX · Institusi
67. Bila kanak-kanak boleh dihantar ke sekolah diluluskan
Feedback & supportJika—
seseorang kanak-kanak didapati bersalah atas apa-apa kesalahan selain jenayah berat;
laporan akhlak yang dikemukakan kepada Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemulihan keinstitusian; dan
pada hemat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu walaupun kesalahan yang dilakukan tidak daripada jenis yang serius tetapi suai manfaat kanak-kanak itu ditahan selama apa-apa tempoh dan diletakkan di bawah apa-apa ajaran dan tatatertib yang didapati paling berfaedah untuk memulihkan akhlaknya,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah, selepas menimbangkan laporan akhlak itu, menghantar kanak-kanak itu ke sekolah diluluskan.
Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak memerintahkan supaya seseorang kanak-kanak dihantar ke sekolah diluluskan, maka perintah itu ialah kuasa untuk menahannya di sekolah diluluskan itu selama tempoh tiga tahun dan tarikh perintah itu.
Walau apa pun subseksyen (2) Lembaga Pelawat sekolah diluluskan di mana kanak-kanak itu dihantar boleh, menurut budi bicara mereka—
memendekkan tempoh tahanan kerana sebab-sebab yang pada hemat mereka mencukupi; atau
membenarkan mana-mana kanak-kanak itu dilepaskan selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa syarat yang difikirkan oleh mereka patut dikenakan.
Undang-Undang Malaysia 96
Seseorang kanak-kanak tidak boleh dibenarkan dilepaskan dari sekolah diluluskan di bawah perenggan (3)(b) dalam dua belas bulan yang pertama tempoh tahanan itu tanpa keizinan bertulis
Menteri.