Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IX · Institusi
63. Kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari asrama akhlak
Feedback & supportMana-mana kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari suatu asrama akhlak tanpa kebenaran yang sah—
boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai akhlak atau pegawai polis; dan
dibawa balik ke asrama itu atau ke hadapan Mahkamah
Pengawas.
Jika kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas di bawah perenggan (1)(b)—
dalam hal seseorang kanak-kanak yang ditahan di suatu asrama akhlak di bawah perenggan 46(5)(c), Mahkamah
Pengawas boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen 47(2); dan
dalam hal seseorang kanak-kanak dalam percubaan,
Mahkamah Pengawas boleh memperlakukan kanak-kanak itu bagi kesalahan yang kerananya dia dihantar ke asrama akhlak mengikut cara yang sama sebagaimana
Mahkamah Pengawas itu boleh memperlakukannya sekiranya Mahkamah Pengawas itu mendapati kanak-kanak itu bersalah atas kesalahan itu.
Undang-Undang Malaysia 94