Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IX · Institusi
68. Perintah sekolah diluluskan hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa, dsb., yang membawa kanak-kanak ke sekolah itu
Feedback & supportMahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat sesuatu perintah sekolah diluluskan hendaklah menyebabkan perintah itu diserahkan kepada pihak berkuasa atau orang yang bertanggungjawab membawa kanak-kanak itu ke sekolah itu, dan pihak berkuasa atau orang yang membawa kanak-kanak itu ke sekolah itu hendaklah menyerahkan perintah sekolah diluluskan itu kepada orang yang sedang menjaga sekolah itu.
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat sesuatu perintah sekolah diluluskan hendaklah menyebabkan segala maklumat dalam milikan Mahkamah itu mengenai seseorang kanak-kanak yang pada pendapat Mahkamah patut diketahui oleh orang yang sedang menjaga sekolah itu, dihantar kepada orang yang sedang menjaga sekolah itu.
Jika seseorang kanak-kanak telah diperintahkan supaya dihantar ke suatu sekolah diluluskan, mana-mana orang yang dengan sedar menyorokkan atau menyembunyikan kanak-kanak itu selepas sampai masa untuk kanak-kanak itu pergi ke sekolah itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Jika seseorang yang diberi kuasa untuk membawa seseorang kanak-kanak ke suatu sekolah diluluskan tidak dapat, apabila sampai masa untuk kanak-kanak itu pergi ke sekolah itu—
menemui kanak-kanak itu; atau
memperoleh milikan kanak-kanak itu,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, jika berpuas hati dengan maklumat yang diberikan dengan sumpah atau ikrar bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang yang dinamakan dalam maklumat itu boleh mengemukakan kanak-kanak
Kanak-Kanak 97
itu, mengeluarkan saman menghendaki orang yang dinamakan sedemikian hadir di Mahkamah pada hari yang dinyatakan dalam saman itu dan mengemukakan kanak-kanak itu.
Jika orang yang disebut dalam subseksyen (4) tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen itu tanpa alasan yang munasabah dia boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang boleh dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.