Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IX · Institusi
60. Mana-mana orang yang—
Feedback & support(a)
memindahkan seseorang kanak-kanak dari sesuatu tempat tahanan tanpa kebenaran yang sah;
(b)
dengan sedar membantu atau mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak lepas lari dari sesuatu tempat tahanan; atau
(c)
dengan sedar menyorokkan atau menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah lepas lari sedemikian, atau menghalang dia kembali ke tempat tahanan itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
ASRAMA AKHLAK