Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IX · Institusi
69. Penahanan lanjut di sekolah diluluskan melampaui tempoh perintah
Feedback & supportJika orang yang sedang menjaga sesuatu sekolah diluluskan berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak—
(a)
yang tempoh tahanannya di sekolah diluluskan itu hampir hendak habis memerlukan pemeliharaan atau latihan lanjut; dan
(b)
tidak boleh tanpa pemeliharaan atau latihan lanjut sedemikian mendapat sesuatu pekerjaan yang sesuai, dia boleh, jika diizinkan oleh Lembaga Pelawat sekolah diluluskan itu, menahan kanak-kanak itu selama suatu tempoh lanjut yang tidak melebihi enam bulan tetapi apa-apa tempoh sedemikian tidak boleh melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.