Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian XII · Penilaian Kematian

67. Melaporkan kematian boleh nilai

(1)

Seseorang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap pengamal perubatan atau pengamal pergigian yang melaksanakan apa-apa anestesia atau tatacara anestetik atau perubatan atau pembedahan atau menggunakan apa-apa teknologi perubatan ke atas pesakit yang kematiannya ialah suatu kematian boleh nilai hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, tetapi dalam mana-mana hal tidak lebih daripada 72

jam setelah dia tahu tentang berlakunya kematian itu, memberitahu

Ketua Pengarah nama pesakit itu, pendapatnya tentang sebab kematian dan nama serta alamatnya sendiri.

(2)

Apabila menerima apa-apa pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah dengan serta-merta mengemukakan maklumat itu secara bertulis kepada Pengerusi

Jawatankuasa.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

Report

Bahagian XIII

Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Bahagian XIV

Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat

Bahagian XV

Organisasi Jagaan yang Diuruskan

Bahagian XVI

Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Kuasa Menteri

Bahagian XVIII

Pelbagai

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan