Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XII · Penilaian Kematian
71. Pelindungan orang yang menjalankan fungsi sebagai anggota Jawatankuasa
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun yang melakukan apa-apa perbuatan bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan fungsi sesuatu Jawatankuasa, termasuklah suatu perbuatan yang dilakukan menurut atau berkaitan dengan fungsi suatu jawatankuasa penilaian kematian yang ditubuhkan di bawah seksyen 72, boleh dikenakan apa-apa liabiliti sivil atau jenayah berkenaan dengan apa-apa perbuatan sedemikian, sama ada atas alasan ketiadaan bidang kuasa, atau kesilapan undang-undang atau fakta, atau atas apa-apa alasan lain, melainkan jika dia telah bertindak dengan niat jahat atau tanpa jagaan munasabah.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 63
Tiada prosiding sivil atau jenayah, boleh dibawa terhadap mana-mana orang di mana-mana Mahkamah berkenaan dengan apa-apa perbuatan kecuali dengan kebenaran Hakim Mahkamah Tinggi.
Notis bagi apa-apa permohonan untuk mendapatkan kebenaran di bawah subseksyen (2) hendaklah diberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding yang berkenaan hendak dimulakan; dan orang itu berhak didengar terhadap permohonan itu.
Kebenaran untuk membawa prosiding sedemikian tidak boleh diberikan melainkan jika permohonan untuk mendapatkan kebenaran itu dibuat dalam masa satu tahun selepas perbuatan yang diadukan, atau, dalam hal kecederaan atau kerosakan berterusan, dalam masa satu tahun selepas kecederaan atau kerosakan itu terhenti.
Dalam memberikan kebenaran untuk membawa prosiding sedemikian, Hakim boleh mengehadkan masa yang dalam tempohnya kebenaran itu boleh digunakan.
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX