Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian XII · Penilaian Kematian

69. Penyiaran maklumat

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Jawatankuasa hendaklah, mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa, menyiarkan apa-apa kesimpulan dan syor yang dicapainya berhubung dengan pelaksanaan fungsinya kepada orang yang terlibat dengan anestesia, tatacara anestetik, teknologi perubatan, tatacara perubatan, pembedahan atau tatacara pembedahan, dan kepada mana-mana orang atau golongan orang lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Tiada penyiaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengandungi nama, atau apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pengenalan, mana-mana orang yang kematiannya telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa atau mana-mana pengamal perubatan atau pengamal pergigian atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara terlibat dalam penjagaan atau rawatan orang yang mati itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Pengerusi sesuatu

Jawatankuasa hendaklah memberi pengamal perubatan atau pengamal pergigian yang kematian pesakitnya telah diberitahukan sebagai suatu kematian boleh nilai kesimpulan dan syor

Jawatankuasa itu.

Report

Bahagian XIII

Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Bahagian XIV

Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat

Bahagian XV

Organisasi Jagaan yang Diuruskan

Bahagian XVI

Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Kuasa Menteri

Bahagian XVIII

Pelbagai

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan