Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XII · Penilaian Kematian
70. Kerahsiaan maklumat yang diperoleh oleh Jawatankuasa
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Semua maklumat yang diperoleh oleh sesuatu Jawatankuasa atau jawatankuasa penilaian kematian yang ditubuhkan di bawah seksyen 72 oleh suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta, atau oleh mana-mana orang lain, dalam penjalanan fungsi jawatankuasa atau orang itu, hendaklah disifatkan sebagai sulit kecuali—
bagi maksud yang berkaitan dengan fungsi itu;
bagi maksud suatu penyiasatan tentang apa-apa jenayah yang dikatakan; atau 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
bagi maksud apa-apa prosiding jenayah.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkan atau menjejaskan peruntukan seksyen 67, 68 atau 71.
Seksyen 115 hendaklah dibaca tertakluk kepada seksyen itu.
Mana-mana orang yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mendedahkan apa-apa maklumat dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
Tiada seorang pun boleh dipaksa atau dibenarkan untuk mendedahkan, dalam mana-mana prosiding sivil, apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kematian boleh nilai yang telah diperoleh olehnya dalam penjalanan kewajipannya di bawah seksyen 67,
68 dan 71 dan tiada apa-apa maklumat sedemikian boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sivil.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkan atau menjejaskan pemberitahuan kematian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pemberitahuan kematian.
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX