Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XII · Penilaian Kematian
72. Jawatankuasa penilaian kematian di peringkat kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun seksyen 65, mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta boleh menubuhkan di peringkatnya apa-apa jawatankuasa penilaian kematian untuk menjalankan fungsi yang serupa sebagaimana dalam seksyen 66.
Orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah melantik berkenaan dengan setiap jawatankuasa penilaian kematian seorang pengerusi yang hendaklah mempunyai kuasa dalam seksyen 68.
Tertakluk kepada subseksyen (4), sesuatu jawatankuasa penilaian kematian di bawah seksyen ini hendaklah, mengikut apa-apa arahan yang boleh diberikan dari semasa ke semasa, oleh orang yang bertanggungjawab, mengumumkan kepada orang dalam premis itu yang berkaitan dengan anestesia, tatacara anestetik, teknologi perubatan, tatacara perubatan, pembedahan atau tatacara pembedahan dan mana-mana orang atau golongan orang lain sebagaimana yang
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
dinyatakan oleh orang yang bertanggungjawab itu, apa-apa kesimpulan dan syor yang dicapai oleh Jawatankuasa itu dalam pelaksanaan fungsinya.
Tiada pengumuman yang dibuat di bawah subseksyen (3)
boleh mengandungi nama, atau apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pengenalan, mana-mana orang yang kematiannya dianggap oleh jawatankuasa itu atau mana-mana pengamal perubatan atau pengamal pergigian atau mana-mana orang lain yang telah dengan apa-apa cara terlibat dengan penjagaan atau rawatan orang itu.
Walau apa pun subseksyen (3) dan (4) Pengerusi hendaklah membekalkan kesimpulan dan syor jawatankuasa itu kepada pengamal perubatan atau pengamal pergigian yang kematian pesakitnya telah diberitahukan sebagai suatu kematian boleh nilai.
Seksyen 70 dan 71 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi penilaian kematian boleh nilai yang dijalankan oleh jawatankuasa penilaian kematian di sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
Penyiasatan bebas
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX