Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XII · Penilaian Kematian
68. Pengamal perubatan dan pengamal pergigian hendaklah memberikan maklumat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud fungsi sesuatu Jawatankuasa, Pengerusi boleh menghendaki mana-mana pengamal perubatan atau pengamal pergigian atau mana-mana orang lain yang berkenaan supaya membekalkan semua atau apa-apa maklumat yang dinyatakan yang dalam milikannya berhubungan dengan sesuatu kematian boleh nilai, dan berhubungan dengan anestesia atau tatacara anestetik atau teknologi perubatan atau tatacara perubatan atau pembedahan yang berhubungan dengan mana-mana kematian boleh nilai, termasuklah rekod klinikal atau perubatan, dan dokumen material lain yang dalam milikannya atau di bawah kawalannya, walau apa pun subseksyen 112(4) atau mana-mana rukun undang-undang atau adat atau amalan yang berlawanan.
Tiap-tiap pengamal perubatan dan pengamal pergigian dan mana-mana orang lain yang tahu tentang sesuatu kematian boleh nilai hendaklah menjawab dengan lengkap sepanjang pengetahuan dan keupayaannya tiap-tiap soalan yang berkenaan yang ditanyakan kepadanya oleh Pengerusi sesuatu Jawatankuasa.
Pengerusi sesuatu Jawatankuasa hendaklah memberi masing-masing Jawatankuasa semua maklumat yang diterimanya di bawah seksyen 67 dan seksyen ini yang berhubung dengan sesuatu kematian boleh nilai, selain—
nama orang yang mati itu;
nama pengamal perubatan atau pengamal pergigian atau mana-mana orang lain yang menjalankan tatacara anestetik, perubatan atau pembedahan atau yang menggunakan apa-apa teknologi perubatan yang berkenaan; dan
nama kemudahan atau tempat jagaan kesihatan swasta di mana kematian berlaku.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 61
Bahagian XIII
Kualiti Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Bahagian XIV
Lembaga Pengurusan dan Jawatankuasa Penasihat
Bahagian XV
Organisasi Jagaan yang Diuruskan
Bahagian XVI
Penguatkuasaan
Bahagian XVII
Kuasa Menteri
Bahagian XVIII
Pelbagai
Bahagian XIX