Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
38. Kuasa untuk menahan, menaiki, menggeledah, dsb
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa sewajarnya secara bertulis berpuas hati, atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh, jika pada pendapatnya adalah perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat kesalahan itu, tanpa waran, menahan, menaiki dan menggeledah mana-mana kenderaan, kapal atau pesawat udara, atau memasuki mana-mana premis, tanpa mengira sama ada kenderaan, kapal atau premis itu adalah yang ditetapkan di bawah seksyen 18 atau selainnya, dan boleh—
menyiasat, memeriksa, menyita atau menahan apa-apa kelengkapan, komputer atau loji perindustrian;
menyiasat, memeriksa, menyita atau menahan apa-apa buku, rekod, lesen, permit, perakuan atau dokumen berhubungan dengan—
pelaksanaan atau penggunaan kelengkapan atau loji perindustrian itu;
benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan; atau 62
Undang-Undang Malaysia
apa-apa hal yang dikehendaki di bawa atas kenderaan, kapal atau pesawat udara di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;
menyiasat, memeriksa, menyita atau menahan apa-apa buangan terjadual atau benda berbahaya kepada alam sekeliling dan mana-mana kenderaan atau kapal yang digunakan dalam pembawa buangan terjadual atau benda berbahaya kepada alam sekeliling;
membuat pertanyaan dan pemeriksaan fizikal atas kapal, kelengkapan, peralatan, stor dan kargo sebagaimana yang perlu;
membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana buku, rekod atau dokumen yang disita dan ditahan sedemikian;
menyiasat, memeriksa atau mengambil sampel mana-mana benda, bahan atau hal yang digunakan, berkemungkinan digunakan atau biasanya digunakan dalam mana-mana tred, industri atau proses yang dijalankan dalam atau di atas kenderaan, kapal, premis, atau pesawat udara itu; atau
mengambil sampel mana-mana benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan yang dikeluarkan, dilepaskan atau diletakkan, atau berkemungkinan dikeluarkan, dilepaskan atau diletakkan daripada kenderaan, kapal, premis, atau pesawat udara itu.