Seksyen 13
Makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan
Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(2)
Dalam menentukan sama ada apa-apa makanan adalah memudaratkan kesihatan bagi maksud subseksyen (1), perhatian hendaklah diberikan bukan sahaja tentang kesan kemungkinan makanan itu kepada kesihatan seseorang yang memakannya tetapi juga tentang kesan kumulatif kemungkinan makanan itu yang pada keseluruhannya mengandungi kandungan yang sama kepada kesihatan seseorang yang memakan makanan itu sebanyak yang lazim dimakan.
26
Undang-Undang Malaysia