Skip to content

Seksyen 24

Penjualan, dsb., oleh ejen atau pekhidmat

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 30 of 47
Seksyen 24
(1)

Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang yang menyedia, membungkus, melabel, mengiklan atau menjual apa-apa makanan hendaklah disifatkan berbuat demikian sama ada atas kehendaknya sendiri atau sebagai ejen atau pekhidmat mana-mana orang lain.

(2)

Dalam sesuatu penyediaan, pembungkusan, pelabelan, pengiklanan atau penjualan oleh ejen atau pekhidmat, prinsipal atau majikannya hendaklah menanggung liabiliti yang sama seolah-olah dia sendiri telah melakukan penyediaan, pembungkusan, pelabelan, pengiklanan atau penjualan itu.

(3)

Dalam hal penjualan apa-apa makanan dengan melanggar Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini oleh seseorang peruncit atau penjual, atau pekhidmatnya atau ejennya, peruncit, penjual, pekhidmat atau ejen yang melakukan penjualan itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai ejen bagi pengimport, pengilang, pembungkus, peladang atau penternak, orang yang menyediakan makanan itu atau pemunya hak pengilang atau pembungkus, atau ejen kepada ejen mana-mana daripada mereka, dan setiap seorang daripada orang itu hendaklah mempunyai tanggungan yang sama seperti tanggungan peruncit atau penjual atau pekhidmat atau ejen itu seolah-olah dia sendiri telah melakukan penjualan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa dia tidak mungkin

Makanan 37

bertanggungjawab bagi pelanggaran itu.