Seksyen 19
Pendakwaan
Jika seseorang juruanalisis, setelah menganalisis atau memeriksa apa-apa makanan yang Akta ini terpakai baginya, telah memberi suatu perakuan dan daripada perakuan itu didapati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan maka pegawai diberi kuasa boleh, tertakluk pada seksyen 377 Kanun Tatacara
Makanan 33
Jenayah dan seksyen 32A, menjalankan prosiding di bawah Akta ini di hadapan mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana makanan yang dijual itu telah sebenarnya disampaikan kepada pembeli atau sampelnya diambil.
(1A)
Perakuan juruanalisis yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah diberikan kepada Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh makanan itu dihantar untuk analisis.
(2)
Jika apa-apa makanan telah dibeli atau didapati daripada mana-mana orang untuk analisis atau pemeriksaan, tiada apa-apa prosiding berkenaan dengan penjualan itu atau apa-apa kesalahan terhadap Akta ini boleh dimulakan selepas tamat tempoh satu ratus lima puluh hari dari masa makanan itu dibeli atau didapati.
(3)
Dalam apa jua prosiding di bawah Akta ini, kandungan apa-apa bungkusan yang nampaknya kemas dan dalam keadaan asal bungkusannya oleh pengilang hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai makanan daripada perihal yang dinyatakan pada label itu.