Seksyen 21
Mahkamah boleh memerintahkan juruanalisis bebas membuat analisis
Jika sesuatu sampel telah diambil dan didapati mengikut seksyen 5 atau diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen itu, mahkamah yang di hadapannya apa-apa prosiding atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini dibicarakan boleh dilaksanakan secara munasabah dan teknikal berbuat demikian dan atas permintaan mana-mana satu pihak dalam prosiding itu memerintahkan supaya bahagian sampel yang disimpan oleh pegawai diberi kuasa itu dihantar kepada juruanalisis lain untuk analisis:
Dengan syarat bahawa pegawai diberi kuasa itu adalah dikehendaki menyimpan sebahagian daripada sampel itu bagi maksud yang sedemikian itu.
(2)
Mahkamah boleh memerintahkan pihak yang membuat permintaan itu supaya membayar kos bagi analisis itu.
Anggapan jualan, dsb.