Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Kesalahan dan Keterangan

13C. Mengalihkan makanan dari premis makanan

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa makanan didapati melanggar atau disyaki dengan munasabah telah melanggar apa-apa peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa oleh Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, memerintahkan mana-mana orang dalam seksyen 24

supaya memanggil balik, memindahkan atau menarik balik daripada penjualan makanan itu dari mana-mana premis makanan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), adalah menjadi kewajipan mana-mana orang dalam seksyen 24, jika orang itu mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai atau telah sampai ke pengetahuan orang itu bahawa apa-apa makanan yang diimport, dikilang,

Makanan 29

dibungkus, ditanam atau diternak, disediakan atau dijual oleh orang itu telah melanggar seksyen 13, 13A, atau 13B, untuk memanggil balik, memindahkan atau menarik balik daripada penjualan makanan itu dari mana-mana premis makanan dengan serta-merta.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian IV

Pengimportan, Waranti dan Pembelaan

Bahagian V

Peruntukan Pelbagai