Skip to content

Seksyen 14

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 19 of 47

Seksyen 14

(1)

Mana-mana orang yang menjual apa-apa makanan yang bukannya daripada jenis, atau bukannya daripada bahan atau bukannya daripada kualiti (sebagaimana dinyatakan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya) bagi makanan yang diminta oleh pembeli melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

(2)

Jika peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mengandungi peruntukan yang menetapkan standard apa-apa makanan atau komposisi atau melarang atau menyekat penambahan apa-apa bahan kepada apa-apa makanan maka pembeli makanan itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan bagi maksud seksyen ini sebagai telah meminta makanan yang mematuhi peruntukan peraturan-peraturan yang sedemikian itu.