Seksyen 26
Tidak menzahirkan maklumat
ActIn forceProvision 32 of 47
Seksyen 26
(1)
Tiada seorang pun pendakwa atau saksi dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini boleh dipaksa menzahirkan fakta yang dia menerima apa-apa maklumat atau jenis maklumat yang sedemikian itu atau nama mana-mana orang yang memberi maklumat sedemikian itu.
(2)
Tiada seorang pun pegawai yang hadir sebagai pendakwa atau saksi boleh dipaksa mengemukakan apa-apa laporan atau dokumen sulit yang dibuat atau diterima olehnya atas sifat rasminya atau membuat apa-apa pernyataan berhubung dengannya.
38
Undang-Undang Malaysia