Seksyen 25
Anggapan menjual makanan untuk makanan manusia
Apabila apa-apa makanan dijual atau didedahkan atau ditawar untuk dijual maka makanan itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai dijual atau didedahkan atau ditawar untuk dijual sebagai makanan manusia.
(2)
Pembelian dan penjualan sampel makanan di bawah peruntukan Akta ini bagi maksud analisis hendaklah disifatkan sebagai pembelian dan penjualan makanan itu sebagai makanan manusia melainkan penjual membuktikan bahawa sebahagian besar daripada sampel yang telah diambil itu bukannya ditawar, didedahkan atau dimaksud untuk dijual sebagai makanan manusia.
(3)
Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang hendaklah disifatkan menjual atau bermaksud hendak menjual apa-apa makanan jika dia menjual atau bermaksud hendak menjual sebagai makanan manusia apa-apa makanan yang menjadi suatu juzuk dalam makanan yang sedemikian itu.