Seksyen 18
Kuasa mahkamah memerintahkan lesen dibatalkan dan makanan dilupuskan
Apabila seseorang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan dengan sahnya, membatalkan apa-apa lesen yang dikeluarkan kepada orang itu di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
(2)
Jika seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini, mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa makanan daripada jenis yang serupa yang dipunyai atau dimiliki oleh orang sabitan itu atau apa-apa jua yang dijumpai bersama-sama dengan makanan yang sedemikian itu dilucuthak dan apabila perintah sedemikian itu dibuat makanan atau benda yang sedemikian itu boleh dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.