Skip to content

Seksyen 13A

Makanan yang tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia

of Akta Makanan 1983

ActIn forceProvision 16 of 47
Seksyen 13A
(1)

Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya—

(a)

apa-apa bahan binatang atau sayuran yang berpenyakit, kotor, reput atau bangar;

(b)

apa-apa bahagian binatang yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan; atau

(c)

hasil binatang yang sudah mati selain kerana disembelih atau sebagai binatang buruan, sama ada dikilangkan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi atau padanya terdapat apa-apa jirim yang asing kepada sifat makanan itu, atau adalah selainnya tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia, sama ada dikilangkan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan sama ada dikilangkan atau tidak yang dimasukkan dalam bungkusan terkedap dan bungkusan itu rosak dan tidak lagi dapat melindungi kandungannya daripada tercemar atau merosot, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.