119. Section 119
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam
*Akta Syarikat 1965, tetapi tertakluk pada subseksyen (2) dan (3)—
wang yang didepositkan oleh pemegang
Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah seksyen 118
ke dalam akaun terasing klien pemegang itu;
harta yang ke dalamnya wang didepositkan oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang disebut dalam perenggan (a) telah dilaburkan di bawah perenggan 118(3)(d); dan
harta yang didepositkan oleh pemegang
Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal ke dalam jagaan selamat di bawah subseksyen 118(1), tidak boleh digunakan bagi pembayaran hutang atau tanggungan pemegang itu atau boleh kena ditahan atau diambil pada pelaksanaan di bawah perintah atau proses mahkamah atas permintaan orang yang membawa guaman berkenaan dengan hutang atau tanggungan sedemikian.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menyentuh hak klien pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk mendapatkan kembali wang atau harta yang klien itu mempunyai hak.
Subseksyen (1) tidaklah terpakai berhubung dengan wang yang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal berhak untuk mengeluarkan wang daripada akaun terasing klien pemegang itu bagi maksud membuat pembayaran kepada pemegang itu atau selainnya di bawah subseksyen 118(3).
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
210 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Jika pemegang
Lesen
Perkhidmatan
Pasaran
Modal melaburkan wang di bawah perenggan 118(3)(d)
dengan mendepositkannya dengan seseorang bagi dilaburkan, apa-apa wang itu atau pun apa-apa harta yang dalamnya orang itu melaburkan mana-mana wang itu, tidak boleh digunakan bagi pembayaran hutang atau tanggungan orang itu atau kena ditahan atau diambil pada pelaksanaan di bawah perintah atau proses mahkamah atas permintaan orang yang membawa guaman berkenaan dengan hutang atau tanggungan sedemikian.
Tanpa menjejaskan hak pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, subseksyen (4) hanya boleh digunakan oleh pemegang itu atau mana-mana orang yang menuntut bagi pihak atau atas nama pemegang itu bagi maksud menyelesaikan apa-apa tanggungan yang kena dibayar kepada pusat penjelasan diluluskan, berkenaan dengan derivatif yang dilaksanakan oleh pemegang itu bagi klien yang kepadanya apa-apa wang atau harta yang disebut dalam subseksyen (4) dimaksudkan.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen 118 dan seksyen ini boleh menyentuh tuntutan atau lien yang dipunyai oleh pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal, berhubung dengan urusan berniaga dalam derivatif yang dijalankan olehnya, di bawah suatu perjanjian, mana-mana undang-undang di dalam atau di luar Malaysia, terhadap atau ke atas—
wang yang didepositkan oleh pemegang itu di bawah seksyen 118 ke dalam akaun terasing klien pemegang itu;
harta yang dalamnya wang didepositkan sedemikian telah dilaburkan di bawah perenggan 118(3)(d); atau
harta yang didepositkan oleh pemegang itu ke dalam jagaan selamat di bawah subseksyen 118(1).
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 211
Subpenggal 4 — Perlakuan terhadap aset klien berkenaan dengan pengurusan kumpulan wang