121. Tafsiran
Feedback & supportBagi maksud Subpenggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akaun amanah” ertinya akaun semasa, deposit atau harta yang—
disimpan dengan penjaga; atau
disimpan oleh mana-mana orang yang dibenarkan oleh
Suruhanjaya di bawah subseksyen 122(2);
“aset klien” termasuklah wang atau harta lain yang diterima atau dipegang simpan oleh, atau didepositkan dengan pemegang Lesen
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
212 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Perkhidmatan Pasaran Modal yang diterima dalam perjalanan urusannya yang pemegang itu bertanggungan menjelaskan kepada kliennya, dan termasuklah, wang yang diterima atau harta yang didepositkan dengan atau yang dipegang oleh penjaga atau oleh mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan oleh
Suruhanjaya di bawah Subpenggal ini yang baginya ia bertanggungan menjelaskan atau menghantar serah kepada klien itu;
“pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal” ertinya pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang;
“penjaga”, berhubung dengan klien pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal, ertinya—
bank berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam
*Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang dilantik oleh pengurus kumpulan wang dengan persetujuan bertulis klien terlebih dahulu;
bank saudagar berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam
*Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang dilantik oleh pengurus kumpulan wang dengan kebenaran bertulis klien terlebih dahulu;
syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat
Amanah 1949 [Akta 100];
Amanah Raya Berhad;
organisasi peserta;
anak syarikat yang dipunyai sepenuhnya oleh mana-mana institusi yang dinyatakan di bawah perenggan (a), (b) dan (e)
yang menyediakan perkhidmatan penama;
*CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013–lihat seksyen 271
Akta 758.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 213
mana-mana institusi dilesenkan atau dibenarkan di luar
Malaysia untuk mengadakan perkhidmatan penjagaan; atau
mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Suruhanjaya.