123. Aset klien
Feedback & supportPemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal tidak boleh berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif untuk atau bagi pihak seseorang klien melainkan jika, setakat yang pemegang itu menerima aset klien itu—
pemegang itu berbuat sedemikian atas dasar bahawa aset itu hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud tertentu yang dipersetujui apabila atau sebelum pemegang itu menerima aset itu;
sementara menunggu penggunaan yang sedemikian, aset itu didepositkan pada hari urusan bank berikutnya atau apa-apa hari lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya kepada penjaga yang dengannya akaun amanah itu disenggarakan mengikut Subpenggal ini atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan oleh
Suruhanjaya di bawah subseksyen 122(2); dan
kemasukan buku berasingan hendaklah direkodkan dan disenggarakan oleh setiap pemegang bagi setiap klien mengikut Akta ini atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, berhubung dengan aset klien.
Pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Hak kepada salinan kemasukan buku, pemeriksaan nota kontrak, dsb.