122. Pengendalian akaun amanah
Feedback & supportPemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah membuka akaun amanah bagi aset kliennya dan hendaklah membuat perkiraan bagi penjaga untuk menyenggarakan akaun amanah itu.
Subseksyen (1) tidak terpakai jika klien membuat perkiraannya sendiri bagi penjaga untuk menyenggarakan suatu akaun amanah.
Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, mengecualikan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal daripada kehendak di bawah subseksyen (1) untuk membuat perkiraan bagi penjaga untuk menyenggarakan akaun amanah itu dan membenarkan mana-mana orang lain untuk menyenggarakan akaun amanah itu.
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah mendepositkan aset klien ke dalam akaun amanah yang disenggarakan oleh penjaga atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh
Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak lewat daripada hari urusan bank yang berikutnya atau mana-mana hari lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, berikutan hari pemegang itu menerima aset klien itu.
Walau apa pun subseksyen (1), jika aset klien yang dikehendaki oleh seksyen ini didepositkan ke dalam akaun amanah diterima oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di suatu tempat di luar Malaysia, pemegang itu boleh mendepositkan aset itu ke dalam akaun amanah yang disenggarakan oleh penjaga di luar
Malaysia.
214 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal tidak boleh mengeluarkan daripada atau menguruskan aset klien dalam akaun amanah kecuali bagi maksud membuat pembayaran—
kepada orang yang berhak kepadanya; atau
yang selainnya dibenarkan oleh undang-undang.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam
Subpenggal ini, aset klien yang dipegang dalam suatu akaun amanah tidak boleh digunakan bagi pembayaran hutang pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal atau boleh kena dibayar atau diambil pada pelaksanaan di bawah suatu perintah atau proses mahkamah bagi pembayaran hutang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.
Pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal yang membenarkan pemegang itu untuk menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang tidak boleh menerima atau memegang aset klien melainkan jika dia berbuat demikian bagi pihak pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal dan dalam perjalanan urusan pekerjaan di bawah kontrak pekerjaan dengan pemegang itu.
Tiada apa-apa jua dalam Subpenggal ini boleh ditafsirkan sebagai menghapuskan atau menyentuh apa-apa tuntutan atau lien yang sah di sisi undang-undang oleh mana-mana orang terhadap atau ke atas apa-apa aset klien yang dipegang dalam akaun amanah atau terhadap atau ke atas apa-apa aset klien yang diterima bagi pembelian atau daripada penjualan sekuriti sebelum aset itu didepositkan ke dalam akaun amanah itu.
Seseorang yang—
melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
dengan niat untuk memfraud, melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 215
selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.