Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bahagian III · Tambahan
43A. Akaun yang berasingan
Feedback & supportJika suatu syarikat telah diberikan suatu perakuan perintis di bawah seksyen 7 atau suatu kelulusan di bawah seksyen 27, 27A, 27C,
27D, 27E, 27F atau 27G, subseksyen 27I(1) atau seksyen 27J, 27K atau 27M, syarikat itu tidak boleh, sebelum berakhirnya tempoh pelepasan cukainya, atau tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 29(2)(b), (c)
atau (d), 29A(3)(b), (c) atau (d), 29AA(3)(b), 29B(2)(b), 29D(2)(b),
29E(2)(b), 29F(2)(b), 29G(2)(b), 29H(2)(b), 29J(3)(b), 29K(3)(b), subperenggan 29L(2)(a)(ii), (3)(a)(ii), (4)(a)(ii), (5)(a)(ii), (6)(a)(ii)
atau perenggan 29N(3)(b) menjalankan apa-apa perniagaan selain perniagaan yang keseluruhan pendapatan kasar itu diperoleh daripada aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan tanpa memberitahu
Menteri.
Jika sesuatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (1)
menjalankan perniagaan selain perniagaan yang keseluruhan pendapatan kasar itu diperoleh daripada aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkannya, syarikat itu hendaklah menyimpan akaun yang berasingan berkenaan dengan perniagaan itu.
Penggalakan Pelaburan 129
Mana-mana syarikat yang telah diberikan perakuan perintis di bawah seksyen 7 atau kelulusan di bawah seksyen 27, 27A, 27C, 27D,
27E, 27F atau 27G, subseksyen 27I(1) atau seksyen 27J, 27K atau 27M berkenaan dengan suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan atau suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan tambahan hendaklah menyimpan akaun yang berasingan berkenaan dengan perniagaan itu yang berhubungan dengan aktiviti atau keluaran itu atau aktiviti tambahan atau keluaran tambahan itu.