Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian III · Tambahan

51. Permohonan di bawah undang-undang termansuh

Feedback & support
(1)

Jika permohonan dibuat di bawah undang-undang termansuh dan keputusannya masih ditunggu pada tarikh mula berkuatkuasanya

Akta ini—

(a)

pihak berkuasa tertakrif hendaklah menimbangkan permohonan itu mengikut peruntukan Akta ini jika terdapatnya peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini—

(i)

bagi suatu permohonan seperti itu; atau

(ii)

bagi suatu permohonan yang, pada pendapat pihak

134

Undang-Undang Malaysia berkuasa tertakrif, pada keseluruhannya sama sifatnya atau berkenaan dengan sesuatu perkara yang pada keseluruhannya sama jenisnya; atau

(b)

jika tidak ada peruntukan bersamaan dalam Akta ini atau jika pihak berkuasa tertakrif berpuas hati bahawa kerana apa-apa jua sebab tidak praktik untuk mempertimbangkan permohonan itu mengikut peruntukan Akta ini, permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh pihak berkuasa tertakrif itu mengikut undang-undang termansuh itu.

(2)

Jika kelulusan telah diberikan kepada suatu syarikat di bawah perenggan (1)(a), Akta ini hendaklah terpakai bagi syarat itu bagi segala maksud dan dalam segala segi berhubung dengan pemberian itu:

Dengan syarat bahawa jika kelulusan yang telah diberikan kepada suatu syarikat itu hendak dimula kuat kuasakan dari suatu tarikh sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, Akta ini hendaklah disifatkan terpakai bagi pemberian itu bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam pemberian itu walaupun tarikh itu adalah lebih awal daripada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini.

(3)

Jika kelulusan telah diberikan kepada suatu syarikat di bawah perenggan (1)(b), undang-undang termansuh itu hendaklah terus terpakai bagi syarikat itu bagi segala maksud dan dalam segala segi berhubung dengan pemberian itu sehingga tamat tempohnya atau sehingga ia terhenti daripada berkuat kuasa.

Report