Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bahagian III · Tambahan
50. Permohonan untuk mendapatkan galakan daripada jenis yang serupa itu
Feedback & supportJika sesuatu syarikat telah diberikan kelulusan berkenaan dengan sesuatu galakan di bawah seksyen 5, 12A, 12B, 26, 30KA atau 30Q undang-undang termansuh tetapi pada 1 Januari 1986 atau pada bila-bila masa selepas itu tempoh pelepasan cukainya belum lagi bermula atau syarikat itu belum lagi melakukan perbelanjaan modal bagi maksud seksyen 26, 30KA atau 30Q undang-undang termansuh, syarikat itu boleh memohon untuk suatu galakan di bawah Akta ini jika galakan yang dipohonkan itu pada matannya adalah daripada jenis yang serupa dengan galakan yang kelulusan telah diberikan di bawah undang-undang termansuh.
Jika Menteri memberikan kelulusan berkenaan dengan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), kelulusan yang diberikan di bawah undang-undang termansuh hendaklah disifatkan sebagai telah ditarik balik.