Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bahagian III · Tambahan
49. Perbelanjaan modal yang dikenakan ke atas loji dan jentera dalam perniagaan hotel
Feedback & supportJika sesuatu syarikat telah diberikan kelulusan di bawah seksyen 30KA undang-undang termansuh dan telah melakukan perbelanjaan modal pada atau selepas 1 Januari 1986 ke atas loji dan jentera atau kemudahan lain yang digunakan berkaitan dengan perniagaan hotel, syarikat itu boleh memohon kepada Menteri untuk kelulusan supaya subperenggan 29(7)(c) Akta ini terpakai bagi perbelanjaan modal itu berhubung dengan perniagaan hotel:
Dengan syarat bahawa perbelanjaan modal itu dilakukan dalam masa lima tahun dari tarikh kelulusan diberikan di bawah seksyen 30KA undang-undang termansuh.
Jika Menteri memberikan kelulusan berkenaan dengan sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), subperenggan 29(7)(c) Akta ini hendaklah terpakai bagi perbelanjaan itu.
Penggalakan Pelaburan 131