Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian III · Tambahan

48. Pemakaian Akta ini bagi tempoh pelepasan cukai

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 45, jika tempoh pelepasan cukai sesuatu syarikat yang telah dikeluarkan perakuan perintis atau diberikan kelulusan di bawah seksyen 12A undang-undang termansuh belum lagi tamat pada 1 Januari 1986, syarikat itu boleh memohon kepada Menteri untuk mendapat kelulusan supaya Akta ini terpakai mengenai tempoh pelepasan cukainya.

(2)

Jika Menteri memberikan kelulusan berkenaan dengan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), undang-undang termansuh yang berhubungan dengan tempoh pelepasan cukai syarikat itu hendaklah terhenti daripada terpakai dan Akta ini hendaklah terpakai berkenaan dengan tempoh pelepasan cukai syarikat itu:

Dengan syarat bahawa jumlahnya tempoh pelepasan cukai syarikat itu tidak boleh melebihi lima tahun dari hari pengeluarannya yang telah ditentukan di bawah undang-undang termansuh itu tetapi syarikat itu hendaklah, pada akhir tempoh pelepasan cukai itu dan tertakluk pada seksyen 14A, layak memohon untuk mendapatkan pelanjutan tempoh pelepasan cukai itu di bawah seksyen 14A.

Report