Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian III · Tambahan

50B. Kelayakan syarikat di bawah undang-undang termansuh untuk mendapatkan pengurangan pendapatan larasan atau elaun eksport

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu syarikat telah diberikan galakan di bawah seksyen 5, 12A atau 12B undang-undang termansuh itu, syarikat itu layak mendapat pengurangan pendapatan larasan atau pendapatan statutori, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 32,

33, 34 atau 36 atau mendapat elaun eksport di bawah seksyen 39 pada akhir tempoh pelepasan cukainya di bawah undang-undang termansuh itu.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3) dan (4), jika sesuatu syarikat telah diberikan kelulusan di bawah seksyen 26 atau 30P undang-undang termansuh itu, syarikat itu layak mendapat pengurangan pendapatan larasan atau pendapatan statutori, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 32, 33, 34 atau 36 atau mendapat elaun eksport di bawah seksyen 39 pada akhir tempoh lima tahun yang dinyatakan dalam perenggan 26(3)(b) atau 30Q(2)(b)

undang-undang termansuh itu.

(3)

Syarikat yang telah diberikan kelulusan di bawah seksyen 26

atau 30P undang-undang termansuh itu boleh, pada bila-bila masa di sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 26(3)(b)

atau 30Q(2)(b) undang-undang itu, menyerahkan balik kelulusan itu dengan memberi notis bertulis kepada Menteri, dan jika Menteri berpuas hati dengan sebab penyerahan balik kelulusan itu, atau bahawa syarikat itu telah mematuhi terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 26(7) atau seksyen 30P mana-mana peruntukan lain

Penggalakan Pelaburan 133

undang-undang termansuh itu, penyerahan balik itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan oleh Menteri dalam notis yang meluluskan penyerahan balik itu dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh notis itu diterima oleh Menteri:

Dengan syarat bahawa berkenaan dengan notis penyerahan balik yang diterima oleh Menteri pada atau selepas 1 Januari 1986 dan pada atau sebelum 31 Mac 1987 dan apabila Menteri berpuas hati sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen ini, Menteri boleh, apabila meluluskan penyerahan balik itu, menyatakan suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada 1 Januari 1986 sebagai tarikh penyerahan balik itu hendaklah berkuat kuasa.

(4)

Jika sesuatu syarikat—

(a)

menyerahkan balik kelulusan yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 26 atau 30P undang-undang termansuh itu;

dan

(b)

penyerahan balik itu menjadi berkesan mengikut subseksyen (3), syarikat itu hendaklah, mulai dari hari yang berikutan dengan tarikh penyerahan balik itu, layak mendapat pengurangan pendapatan larasan atau pendapatan statutori, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 32, 33, 34 atau 36 atau mendapat elaun eksport di bawah seksyen 39.

Report