Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian III · Tambahan

45. Tanpa mengira pemansuhannya, Akta Galakan Pelaburan 1968

Feedback & support

(kemudian daripada ini disebut “undang-undang termansuh” dalam

Akta ini) hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan terus terpakai bagi mana-mana syarikat bagi segala maksud dan dalam segala segi berhubung dengan mana-mana perakuan yang dikeluarkan atau kelulusan yang diberikan kepada sesuatu syarikat di bawah undang-undang termansuh itu sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini selagi ia masih sah dan berkuat kuasa, dan dengan demikian itu—

(a)

undang-undang termansuh itu hendaklah, berhubung dengannya itu, terpakai bagi syarikat itu bagi mana-mana tahun taksiran sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini; dan

(b)

jika untuk melaksanakan mana-mana perakuan atau kelulusan itu, perlu membuat apa-apa perundangan subsidiari di bawah undang-undang termansuh itu, pihak berkuasa yang mempunyai kuasa di bawahnya itu untuk membuat perundangan subsidiari boleh membuat perundangan subsidiari yang perlu itu.

46-47. (Dipotong oleh Akta A656).

130

Undang-Undang Malaysia

Report