Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bahagian III · Tambahan
50A. Permohonan untuk mendapatkan elaun cukai pelaburan oleh syarikat yang telah diberikan galakan di bawah undang-undang termansuh
Feedback & supportSyarikat yang telah diberikan galakan di bawah undang-undang termansuh itu hanya layak memohon mendapatkan elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 26 berkenaan dengan sesuatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan selain aktiviti atau keluaran yang baginya galakan telah diberikan di bawah undang-undang termansuh itu.
50AA.
Kelayakan syarikat di bawah undang-undang termansuh untuk mendapat elaun pelarasan perindustrian
Sesuatu syarikat yang telah diberikan galakan atau kredit cukai pelaburan di bawah undang-undang termansuh hanya layak memohon untuk mendapatkan elaun pelarasan perindustrian berkenaan dengan sesuatu aktiviti pengilangan atau keluaran terkilang selain aktiviti atau keluaran yang baginya galakan telah diberikan di bawah undang-undang termansuh itu atau berkenaan dengan perbelanjaan modal selain perbelanjaan modal yang baginya kredit cukai pelaburan telah
132
Undang-Undang Malaysia diberikan di bawah undang-undang termansuh itu:
Dengan syarat bahawa jika sesuatu syarikat yang telah diberi galakan atau kredit cukai pelaburan di bawah undang-undang termansuh itu menjalankan aktiviti yang sama atau mengilang keluaran yang sama selepas akhir tempoh yang baginya galakan atau kredit cukai pelaburan itu diberikan, syarikat itu boleh memohon untuk mendapatkan elaun pelarasan perindustrian hanya berkenaan dengan perbelanjaan modal berhubung dengan aktiviti atau keluaran itu yang dilakukan oleh syarikat itu selepas akhir tempoh yang baginya galakan atau kredit cukai pelaburan itu telah diberikan.