Seksyen 4K
Penyerahan balik taraf penyelidikan dan kemajuan
of Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Mana-mana syarikat yang diberikan taraf penyelidikan dan kemajuan di bawah subseksyen 4H(1) boleh, pada bila-bila masa, menyerahkan balik taraf itu dengan memberikan suatu notis secara bertulis bersama-sama dengan apa-apa alasan penyerahan balik itu kepada Menteri.
(2)
Jika Menteri berpuas hati dengan alasan penyerahan balik taraf itu di bawah subseksyen (1), Menteri boleh meluluskan notis penyerahan balik itu dan penyerahan balik itu hendaklah berkuat kuasa
(a)
pada tarikh notis penyerahan balik diterima oleh Menteri;
atau
(b)
pada mana-mana tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.