Skip to content

Seksyen 4H

Pemberian taraf penyelidikan dan kemajuan

of Akta Penggalakan Pelaburan 1986

ActIn forceProvision 12 of 34
Seksyen 4H
(1)

Jika Menteri berpuas hati bahawa prasyarat di bawah subseksyen 4G(2) telah dipatuhi, Menteri boleh memberikan kelulusan bagi taraf penyelidikan dan kemajuan kepada syarikat itu bagi suatu tempoh lima tahun berturut-turut bermula dari tarikh pemberian kelulusan itu atau apa-apa tarikh lain yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Menteri boleh, dengan persetujuan secara bertulis Menteri

Kewangan, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut apabila memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1).

(3)

Menteri boleh, dengan persetujuan secara bertulis Menteri

Kewangan, mengubah syarat dalam kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (2).

(4)

Menteri boleh, jika perlu, meminda kelulusan yang diberikan selain tempoh yang disebut dalam subseksyen (1).